Tuesday 20 June 2017

CERITA MENGENAI SEKOLAH KAMI


Image result for sekolah rendah kebangsaan seksyen 13 shah alam
Bangunan Sekolah


Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 atau nama ringkasnya SK Seksyen 13 merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bola Sepak 13/11, Seksyen 13, Shah Alam.

Image result for sekolah rendah kebangsaan seksyen 13 shah alam
Lencana yang dipakai oleh semua murid
LENCANA KEBANGGAAN SK S13

MERAH  :   Semangat Daya Juang


BIRU  :   Perpaduan Kepada SKS13


KUNING  :   Ketaatan Kepada Raja Dan Terus Maju


PUTIH  :   Nilai-nilai Rohani Yang Murni


2002  :   Pembukaan SKS13


PERISAI  :   Ketahanan Diri Dan Disiplin Yang Kental


BUKU  :   Pendidikan Yang Berterusan


OBOR   :   Masa Depan Yang Cerah


BALAPAN   :   Kesimbangan Di Bidang Akedemik Sahsiah Dan Kokurikulum


5 GELUNG   :   Mengusai Kemahiran Fizikal Dalam Sukan





SKS13 Menonjol Dalam Akedemik Dan Kokurikulum


Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) menjadi idaman kebanyakan sekolah dalam menonjolkan nama dan bergerak seiring dengan aspirasi pendidikan utama negara.

Ia menjadi batu loncatan buat pendidik dan murid-murid untuk lebih bersemangat dalam mencipta kecemerlangan baik akedemik,mahupun kokurikulum.
Nama Sekolah Kebangssan Seksyen 13,Shah Alam,Selangor,(SKS13) antara satu daripada kelompok SKK yang terbukti cemerlang dalam pelbagai aspek.
Bidang kebitaraan akedemik adalah Sains,aspek kokurikulum juga tidak ketinggalan dibanggunkan dengan pelbagai program mengikut kebitaraan kluster,dan saingannya bukan sahaja di peringkat daerah,kebangsaan,malah merentasi antarabangsa.
Guru Besarnya,Anis Iberahim,52,berkata,dari kedudukan akedemik semasa,SKS13,berada di tempat pertama dalam kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),peringkat Daerah Petaling Perdana.
Menurutnya,sekolah ini juga berada di kedudukaN keempat dalam negeri Selangor,tempat ke-59 peringkat kebangssan dan kekal di Band 1 dalam skor komposit Standard Kompetensi Pendidikan Malaysia (SKPM)
SK S13 juga berada pada kedudukan pertama kalangan sekolah-sekolah kecemerlangan (Sekolah-Sekolah Kluster & sekolah Berprestasi tinggi) di Selangor.  "Saya baru sahaja empat bulan memulakan tugas di sini, kecemerlangan ini akan dikekalkan malah, dengan sokongan guru-guru dan ibu bapa saya berazam membawa nama SK S13 sebagai sekoloah terulung di negeri ini.
"Besar juga harapan SK S13 tergolong dalam kalangan sekolah berprestasi tinggi (SBT), mudah-mudahan direalisasikan dua tahun akan datang," katanya.
Akuinya, pengiktirafan sebagai SKK menunjukkan sekolah tersebut mempunyai kehebatan tersendiri, seterusnya mampu melahirkan pelajar yang lebih baik dan berkesan.
Namun, tidak bermakna kategori bukan kluster kurang menyerlah, kerana setiap sekolah ada kelebihan masing-masing.
Fokus bidang Sains jelas Anis, dari segi kecemerlangan kokurikulum, SK S13 menonjol dalam acara gimnastik artistik sehingga ke peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS), merangkul hohan dalam acara berpasukan, senam lantai, dan batang titian.
Bagi acara memanah pula SK S13, muncul naib johan kategori lelaki secara berpasukan, manakala perempuan berpasukan di tempat ketiga, dan mix double naib juara.
Dalam mengekalkan kebitaran Sains, Anis berkata pelbagai program berunsur Sains dianjurkan antaranya bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan, percambahan ilmu Sains melalui lawatan ke tempat-tempat berununsrkan Sains dan program-program melibatkan dengan pihak luar.
Sentiasa rangkul anugerah "Skop penglibatan yang dirangka selalunya akan dikembangkan hingga ke peringkat negeri, kebangsaan, mahupun antarabangsa.
"Program Celik Falak contohnya diadakan bagi peringkat negeri, dan kebangsaan, begitu juga roket air, dengan penglibatan langsung fasilitator dari Jabatan Mufti Negeri Selangor,"katanya.
Penekanan juga difokuskan pada kluster muzik meliputi koir, recorder, kompang dan keyboard.  "Kami bakal mengadakan pertandingan koir peringkat negeri dan antarabangsa yang dijadualkann Julai nanti.
Tidak ketinggalan, pertandingan recorder peringkat daerah dan negeri.  "Dalam menggalakkan penyertaan antarabangsa, kami turut serta dalam program Culture Camp yang melibatkan sekolah-sekolah di Korea Selatan.
SK S13 juga turut terlibat dalam pertandingan koir di Macau, China, Vietnam, dan Singapura," katanya.  Ujarnya, SK S13 juga berada di tangga ke dua dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa ( 2014 ) anjuran Kementerian Saind Dan Teknologi (MOSTI).

Banyak lagi pencapaian terbaik terbaik SK S13 dalam pertandingan, antaranya tempat ke dua dan ketiga peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Roket Air Payung Terjun ( 2014 ), Kuiz Falak ( 2014 ), Pertandingan Kapal Terbang Kertas Antarabangsa (2014 ), Pertandingan Roket Air Sasaran dan merangkul anugerah peserta terbaik (perempuan) dalam Program Kembara Falak, Kebangsaan.


- keratan akhbar , 13 April 2016

Informasi ini disediakan oleh Muhammad Zahin bin Ahmad Suffian - 5 Libra 2017


Monday 19 June 2017

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH SK SEKSYEN 13



Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 mula dibina pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada akhir 2001, Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 1 2002. Seramai 13 orang guru kumpulan pertama telah ditugaskan mengajar di sekolah ini. Seramai 180 orang murid mendaftar sebagai murid kumpulan pertama. Jumlah ini meningkat kepada 396 orang pada akhir Januari 2003. 


Guru Besar pertama sekolah ini ialah Puan Normah binti Othman.Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Disember 2001 dan kekal hingga tahun 2004.Diikuti dengan Pn.Hjh Fazdlon binti Sheikh Amir hingga pencen pada 24 Jun 2008 dan hingga tahun 2009 sekolah ini diterajui oleh Puan Faridah Binti Ramli.


Encik Zulkifli Bin Jusoh telah dilantik sebagai Penolong Kanan Kurikulum yang pertama, Pada Tahun 2004, beliau di ambil alih oleh Puan Hjh, Fuziah Binti Ibrahim. Puan Balqis Binti Ahmad sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan pada tahun 2005, jawatan ini dipegang oleh Puan Hjh, Habibah binti Ahmad.



Pada Jun 2008 Pn. Akma Zuraida Binti Mat Nordin telah mengambil alih tugas ini. Pada 01 Februari 2010 tempat beliau diterajui oleh Pn.Rafe’ah binti Basri. Penolong Kanan Kokurikulum diterajui oleh En. Abdul Manaf bin Ahmad hingga kini.


Setakat tahun 2009, sekolah ini telah beroperasi selama 8 tahun . Jumlah muridnya pula seramai 791 orang dan gurunya pula seramai 51 orang. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah integrasi kerana terdapat kelas Pendidikan Khas sebanyak 5 kelas. 

Dan sehingga kini, iaitu tahun 2017, Sekolah Kebangsaan seksyen 13 telahpun beroperasi selama 15 tahun dengan pertambahan guru-guru dan murid-murid. Di samping itu dengan pertambahan dan pembaikan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan untuk para murid sekolah ini.

Informasi ini disediakan oleh Adeel Imran Bin Haris Mukhri - Tahun 5 Libra 2017

Sunday 18 June 2017

LAGU SEKOLAH, IKRAR, MOTTO, MISI & KPI SEKOLAH & HALA TUJU


LAGU SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seksyen Tiga Belas
Berdisiplin, Berkebolehan
Tekun Berusaha, Menimba Ilmu
Berusaha tanpa jemu-jemu
Jati, diri kami
Bersemangat, Berdikari
Etika di amali
Guru dihormati, diri disayangi
Supaya hidup diberkati
Hidup berjasa, hidup harmoni
Berusaha, Berilmu, Berdisiplin, Berjaya
Itulah ikrar kami x3
IKRAR SEKOLAH

Bahawa dengan sesungguhnya, kami murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, dengan jujur dan ikhlas, berikrar dan bersetia akan;


  1. Taat melaksanakan perintah Tuhan
  2. Mematuhi undang-undang, dan peraturan sekolah
  3. Hormat kepada ibu bapa, guru-guru dan rakan
  4. Berazam dan berusaha, menjadi murid yang cemerlang, berakhlak mulia, dan berketerampilan
  5. Sentiasa menjaga, kebersihan dan keindahan sekolah
MOTTO
Berusaha, Berilmu, Bersiplin, Berjaya


MISI SEKOLAH

  1. Pengurusan kewangan yang berakauntabiliti dan telus.
  2. Kecemerlangan kurikulum.
  3. Kemesraan hubungan komuniti setempat.
  4. Pembangunan prasarana secara kondusif

KPI SEKOLAH

1. Pencapaian pelajaran dalam peperiksaan berdasarkan Grade Pusat Sekolah (GPS) UPSR - 1.45.
2. Peningkatan peratus murid menguasai kemahiran literasi dan numerasi mengikut :-
  • Tahun Satu  : Literasi 100% Numerasi 100% Bahasa Inggeris 90%
  • Tahun Dua   : Literasi 100% Numerasi 100% Bahasa Inggeris 90%
  • Tahun Tiga   : Literasi 100% Numerasi 100% Bahasa Inggeris 90%
3. Peningkatan GPMP bagi subjek UPSR
  • BM Pemahaman 100%     
  • BM Penulisan 100%
  • BI Pemahaman 100%
  • BI Penulisan 97%
  • Matematik 97%  
  • Sains 100%
4. Peningkatan 0.5 peratus pencapaian dalam pertandingan sukan dan kokurikulum yang  diwakili.
5. Memastikan sekurang-kurangnya 1 peratus daripada pertandingan yang disertai mencapai kemenangan.
6. Mengekalkan sekolah dalam Band 1,  10 sekolah terbaik peringkat Negeri Selangor   dan 5 Sekolah terbaik dalam Daerah Petaling bagi pencapaian UPSR.
7. Pencapaian peratus kehadiran murid ke sekolah kepada 95 peratus.
8. Mencapai 100 peratus murid Pra-sekolah memasuki kelas pra-sekolah.

HALA TUJU SK S13
  1. Mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2017
  2. Berada di kedudukan 5 teratas keputusan UPSR peringkat Negeri Selangor
  3. Kekal sekolah berada dalam Band 1
  4. Kerja sepasukan asas kesepaduan
  5. Bahu membahu teras kejayaan sepasukan
  6. Berdiri seiring sederap membawa kecemerlangan organisasi

Informasi ini disediakan oleh Muhammad Zahin bin Ahmad Suffian - 5 Libra 2017

Friday 16 June 2017

GURU BESAR - Puan Anis Ibrahim

Puan Anis Ibrahim

Guru Besar, Puan Anis Ibrahim memulakan perkhidmatan sebagai Guru Besar di SK Seksyen 13 pada 1 Januari 2016.  Langkahnya ke sekolah ini, tidak sesekali dipandang enteng, tambahan pula, gelaran
Sekolah Kluster Kecemerlangan yang dimiliki sekolah itu terus membakar semangat dirinya untuk menyambung legasi kecemerlangan yang ditinggalkan rakan sejawatnya.

Menuntut komitmen tinggi wanita ini punya kaliber tersendiri, ini adalah kali ke 5 beliau mengalas peranan guru besar, selepas khidmat cemerlangnya di SK TUDM, Subang, tahun lalu.  Misi mendidik anak bangsa memulakan tugas mendidik seawal tahun 1987.  Anak kelahiran Mengabang, Telipot Kuala Terengganu ini juga insan biasa, pernah melalui onak dan duri mendaki untuk berada di kerusi yang penuh komitmen itu.

Berikut adalah pengalaman beliau sebagai tenaga pengajar :-
  • 1988 hingga 1993 - Guru
  • 1994 hingga 2002 - Guru Penolong Kanan (sesi petang) di SK Hicom, Shah Alam
  • 2002 - Guru Besar di SK Gombak Setia
  • Nov 2002 hingga 2010 - Guru Besar di SK Seksyen 18 Shah Alam
  • 2010 hingga 2015 – Guru Besar di SK TUDM, Subang
Antara petikan bicara menarik beliau “Tuntutan dan tanggungjawab di SK Seksyen 13 sedikit mencabar kerana ia adalah sekolah kluster dan pengiktirafan ini perlu dikekalkan.  Malah, bagi menjamin kecemerlangan berterusan, beberapa perkara perlu dilipat gandakan”

Pencapaian :-
  • Pada tahun 2012, 2013 dan 2014, beliau mendapat pengiktirafan Baiah (Tawaran Baru), satu inisiatif di bawah Nilai Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bidang pendidikan ketika berkhidmat di SK TUDM Subang untuk tiga tahun
  • 2012 – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebagai Guru Besar
  • 2004 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebagai Penolong Kanan
  • 1997 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ketika bertugas sebagai Penolong Kanan.
Informasi ini dicari dan disediakan oleh Iman Hezrin Bin Mohd Hasery, Tahun 5 Libra 2017
Rujukan GPS Bestari Online

Thursday 15 June 2017

PENCAPAIAN - 30 MURID BERJAYA MENDAPAT 5A DALAM KEPUTUSAN UPSR

Guru Besar Pn Anis Ibrahim sewaktu pelancaran Program Guru Penyayang

Seperti yang dilaporkan di Utusan Online, seramai 30 pelajar daripada 120 calon mendapat keputusan 5A dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.55.

Pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 13 dekat sini berazam menjadi sekolah terbaik bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini setelah muncul kedua terbaik bagi Daerah Petaling tahun lepas.

Guru Besarnya, Salmah Abdul Rahman berkata, kejayaan yang dicapai setakat ini adalah hasil perancangan teliti pihak sekolah bersama Persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG) yang komited untuk menjadikan sekolah tersebut Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Kejayaan adalah hasil kerjasama erat ibu bapa yang hadir ke program pemuafakatan tahun enam yang melibatkan hampir 100 peratus ibu bapa dan calon-calon UPSR.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Perasmian Program Gotong Royong Perdana 2015 yang disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari yang mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Yang hadir sama, Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Nor Hisham Ses dan pemangku Yang Dipertua PIBG SK Seksyen 13, Zulrusdi Muhammad.

Salmah berharap dengan bantuan bahan rujukan seperti akhbar sisipan pendidikan Utusan Malaysia iaitu Tutor, sekurang-kurangnya 45 calon UPSR tahun ini mendapat 5A dengan GPS di bawah 1.36 yang pernah dicapai sebelum ini.

“Saya percaya langganan 1,000 naskhah Tutor Utusan Malaysia mampu membantu menaikkan lagi pencapaian akademik calon-calon UPSR kerana setiap pendidik yang menyumbang dalam akhbar sisipan pendidikan tersebut adalah tokoh yang berpengalaman dalam bidang mereka,” katanya.

Sementara itu, menurut Zulrusdi, selain mengeratkan silaturahim, program gotong-royong perdana membersih dan mencantikkan sekolah tersebut bertujuan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.

Informasi ini dicari dan disediakan oleh Iman Hezrin Bin Mohd Hasery, Tahun 5 Libra 2017
Rujukan Utusan Online @ Utusan Malaysia (M) Bhd

Wednesday 14 June 2017

PENCAPAIAN - 25th INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION 2014


Pada tahun 2014, 3 sahabat baik Amir, Umar dan Fashin, pelajar SK Seksyen 13 telah terpilih untuk menyampaikan penyelidikan mereka iaitu The Rainwater Collection System' untuk membentangkan penyelidikan mereka di sebuah majlis antarabangsa yang gah dan dipentaskan dimata dunia.

Mereka bukan sahaja sangat kreatif malah telah mengharumkan nama sekolah, SKS13 sewaktu majlis ini dilancarkan di KL Convention Center.



Berikut adalah link video yang bole ditonton di youtube https://www.youtube.com/watch?v=fpEzQlCvZ8M&t=99s

Informasi ini dicari dan disediakan oleh Iman Hezrin Bin Mohd Hasery, Tahun 5 Libra 2017
Rujukan dari Itex2014 dan youtube.

Tuesday 13 June 2017

PENCAPAIAN - IFCM 1st WORLD CHORAL EXPO MACAU

Ini merupakan gambar yang di ambil ketika Pertandingan IFCM 1st World Choral Expo MACAU pada November 2015 yang mana Pertandingan Koir Prestige antarabangsa ini telah di adakan di University of Macau. kelihatan pelajar-pelajar SKS 13, iaitu Pasukan CHOIR SWEET 13 di bawah naungan Guru Muzik SKS 13, Puan Ong Bee Bee, yg berbaju batik hijau merupakan antara pasukan Choir yang mewakili Malaysia ketika itu.



Merupakan suatu kenangan dan pengalaman serta pencapaian antarabangsa pelajar SKS 13 yang tidak dapat dilupakan serta menempah sejarah pencapaian antarabangsa SKS13 dalam bidang muzik. Pasukan Koir Sweet 13  berjaya mencapai and memperolehi Diploma Bronze Award di dalam Pertandingan Antarabangsa ini.






Informasi ini dicari dan disediakan oleh Adeel Imran Bin Haris Mukhri, Tahun 5 Libra2017
Gambar peribadi Puan Emma Sakira Binti Abdul Malit - Ibu kepada Adeel Imran

Monday 12 June 2017

PENCAPAIAN - KARNIVAL RIANG RIA BERJAYA KUMPUL DANA RM120,000

Majlis penyampaian basikal sebagai hadiah kepada pelajar sempena Karnival Riang Ria

PIBG Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 telah berjaya mengumpulkan dana lebih RM120,000.00 melalui kutipan derma dan penganjuran Karnival Riang Ria untuk membantu pihak sekolah menaik taraf prasarana perlu dicontohi oleh sekolah-sekolah lain.

Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd. Nor berkata, ini kerana program seperti itu dapat membantu pihak sekolah menyediakan kemudahan terbaik bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.  Menurutnya, ini juga dapat membantu meringankan beban sekolah dalam memastikan pelajar mendapat pendidikan sempurna yang akhirnya memberi impak besar kepada pelajar.

Yang Dipertua PIBG SK Seksyen 13, Encik Zulrushdi Mohamed and berkata, pihaknya melancarkan kutipan derma itu sejak sebulan lalu dengan setiap pelajar diberikan kad derma untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing untuk mendapatkan sumbangan.


Karnival ini menekankan konsep berhibur sambil menderma dengan setiap aktiviti yang ditawarkan akan dikenakan bayaran, tetapi hasil kutipannya akan disalurkan ke dalam dana ini. Ia mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 2,500 pengunjung dan semua hasil kutipan akan digunakan untuk membaik pulih bumbung dewan, menaik taraf tempat perhimpunan pelajar dan bangunan pendidikan khas.

Informasi ini dicari dan disediakan oleh Iman Hezrin Bin Mohd Hasery - Tahun 5 Libra 2017
Rujukan - November 2015, Utusan Online @ Utusan Melayu (M) Bhd

PENCAPAIAN - MSSD BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN


13 murid telah berjaya mewakili sekolah untuk kejohanan MSSD dibawah umur tahun untuk Kejohanan Bola Sepak.  Terdapat 65 buah sekolah dari daerah Selangor bertanding dan pasukan bola sepak SKS13 mewakili zon 1 untuk menentang 9 buah sekolah.  Sepanjang kejohanan MSSD berlangsung, ibu bapa dan guru sekolah  iaitu Ustaz Ridzuan dan Cikgu Nazrin telah memberi semangat kepada pasukan sekolah.  Ibu bapa juga bertanggungjawab menyediakan pengangkutan dan makanan sepanjang kejohanan. 


Pada minggu pertama, kami menentang 6 buah pasukan antaranya SRAI, SKBA, SKS16.  Sikap ingin menang dan sokongan tanpa henti dari banyak pihak, SKS13 telah menumpaskan 6 pihak lawan tanpa kalah. Di tahap pencapaian mereka ke tahap ini, pasukan SKS13 telah berjaya memecahkan rekod sekolah dan secara langsung melayakkan kami mara ke perlawanan akhir untuk menentang SK Raja Muda pada 7 April 2017. 

Di perlawanan akhir, SKS13 mengekalkan mata seri 0-0 akan tetapi, kalah di tendangan penalti dengan 3-1.  Kekalahan mereka di tahap ini masih melayakkan kami mara tahap seterusnya iaitu menentang sekolah-sekolah di Zon 2. 



Pada 10 April 2017, kesemua pemain telah dijemput untuk menerima medal Naib Juara di pentas perhimpunan.  Semasa pasukan sekolah naik ke pentas, mereka mendapat tepukan dan sorakan dari para guru dan rakan sekolah.  Pn Anis turut menasihatkan pasukan bola untuk teruskan belajar bersungguh-sungguh.


Antara 12 April dan 14 April 2017, pasukan sekolah bertanding di SK Subang Bestari untuk menentang sekolah-sekolah di Zon 2.  Di tahap di pasukan SKS13 hanya Berjaya menentang 3 buah sekolah dan akhirnya tewas dengan pasukan SRAI dengan mata kekalahan 2-1.  Walaupun kalah, pasukan bola SKS13 pada 2017 telah berjaya memecahkan rekod sekolah buat kali kedua.  

Informasi dicari dan disediakan oleh Iman Hezrin Bin Mohd Hasery, Tahun 5 Libra 2017.
Rujukan dan Sumber gambar dan nota peribadi Pn Azurin Aziz, ibu kepada Iman Hezrin

PENCAPAIAN - PROGRAM ROAD TO UNITED KINGDOM

Antara 8-18 Disember 2014, PIBG SKS13 telah menganjurkan program 'Road to United Kingdom - exposure towards curriculum for Excellence' termasuk program penajaan anak yatim



14 pelajar, 2 guru dan 6 ahli PIBG telah ke Glassgow, United Kingdom melancong sambil belajar selain menghadiri kelas matematik ke pertunjukan budaya selain melawati Pusat Sains dan muzium.

Informasi ini dicari dan disediakan oleh Iman Hezrin Bin Mohd Hasery, Tahun 5 Libra 2017
Sumber & Rujukan dari En Shanusi, dan youtube.



AKTIVITI - MAJLIS GOTONG ROYONG PERDANA SEBELUM RAMADHAN


Gotong-Royong Perdana PIBG - Link video

Seperti yang laporkan oleh MHI, TV3, PIBG SKS13 bersama lebih 60 sukarelawan dari Management Science Universiti (MSU) Shah Alam telah menganjurkan Majlis Gotong Royong Perdana untuk membersihkan dan mencantikkan kawasan sekolah, menanam pokok selain mengecat sekolah.  Aktiviti mengeratkan silaturahim ini telah dijalankan 2 bulan sebelum bulan Ramadhan.

Program amal ini dianjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan dengan pihak sekolah, selain mendekati guru yang mengajar anak mereka.  Membersihkan dan mengindahkan kawasan sekolah ini secara tidak langsung memberi sokongan moral kepada para pelajar untuk belajar lebih bersemangat 

Informasi ini dicari dan disediakan oleh Iman Hezrin Bin Mohd Hasery, Tahun 5 Libra 2017



Rujukan Porgram MHI TV3 @ youtube


CERITA MENGENAI SEKOLAH KAMI

Bangunan Sekolah Sekolah Kebangsaan Seksyen 13  atau nama ringkasnya  SK Seksyen 13  merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terl...